6 Cara Baru Baharui Motivasi

02 July 2008

Tidak dapat dinafikan, kadangkala kita gagal mengekalkan motivasi sehingga menyebabkan azam sukar direalisasikan. Ramai yang memasang azam tetapi kerana motivasi mudah layu dan mati, maka azam juga turut dilupakan. Jelas Hushim, motivasi sebenarnya hidup tetapi kita tidak tahu bahawa ia hidup. Ada beberapa langkah untuk perbaharui motivasi iaitu:


1. Bersahabat dengan orang yang bermotivasi tinggi atau orang yang sudah berjaya. Seseorang yang hendak berjaya dalam bidang kewartawanan contohnya hendaklah mencari orang yang telah berjaya dalam bidang ini. Pensyarah muda yang ingin jadi ahli akademik yang berjaya, hendaklah bersahabat dengan pensyarah yang sudah kanan. Selain itu, banyakkan berkomunikasi dengan orang yang bermotivasi tinggi.

2. Mempunyai seorang "role model" yang boleh dijadikan seumpama idola. Bagi seorang adik umpamanya, mungkin dia boleh jadikan abang atau kakaknya sebagai idola. Dalam masyarakat atau organisasi umpamanya, pemimpin atau ketua akan jadi contoh pada anak-anak buahnya.

3. Sering mengingati azam itu. Jika setiap tahun, kita memperbaharui cukai jalan(kereta), maka begitulah kita mengingati diri sendiri mengenai azam.

4. Anda memerlukan seseorang untuk mengingati anda. Berpesanlah pada kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai, yang boleh beri teguran sekiranya tersasar daripada landasan yang lurus. Ibu bapa mungkin tidak berdaya menegur atau barangkali mereka berada jauh daripada kita. Jadi kita memerlukan kawan-kawan kerana merekalah yang akan menjadi cermin bagi kita.

5. Motivasi yang terbaik adalah dengan cara muhasabah diri sendiri. Contohnya, "aku hendak berjaya, hendak kerja kuat, tanpa putus asa." Untuk mencapai, jangan sesekali kecewa.

6. Sentiasa mencatat dalam diari. Lakukan senarai kerja yang mahu dilakukan esok. Lakukan perancangan dalam jangka masa panjang, sasaran dan pelan tindakan, kerana cara ini akan menjadi motivasi untuk mencapainya.

1 comments:

Ahmad Izzat Atan (AIA) said...

Salam.. Dah tgk dah.. Masih dalam pembinaan ek? he2.. Mantap2.. Abg baru masuk U ni.. untuk sem baru.. Mulalah kesibukan yang tak menentu.. he2.. Nak ajak g pgrm ni pada 25-27hb di sek rantau.. Nak pergi msg abg k.. Tq... Kim salam ayah dan keluarga.. Wsalam..