Pastikan amalan mengikut sunnah Nabi s.a.w

15 September 2008


1. Islam

Puasa tidak wajib ke atas orang kafir selagi mana ia tidak masuk Islam, kerana tidak ada makna bagi puasanya kerana amalan orang kafir tidak diterima oleh Allah s.w.t. Di akhirat ia akan diseksa kerana kekafirannya.

2. Muallaf

Seseorang yang baligh, sekiranya hilang salah satu daripada keduanya maka ia tidak dikategori orang yang mukallaf dan tidak dituntut sedikit pun melaksanakan tugas keagamaan.

Berdalil kepada hadis Nabi s.a.w.

"Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia: daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia baligh (mimpi) dan daripada orang gila sehingga ia berakal".

3. Suci daripada haid dan nifas

4. Niat puasa pada malam hari.

Kita boleh bertaqlid kepada mazhab Maliki yang niat sebulan pada awal malam Ramadhan supaya tidak perlu qadha' apabila lupa niat pada satu malam daripadanya.

5. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa, seperti memasukkan sesuatu melalui rongga atau liang yang terbuka ialah seperti mulut, telinga, hidung, qubul dan dubur.

Oleh itu setitik air masuk ke dalam lubang telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka.

Setitik air yang masuk dalam mata tidak membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang tidak terbuka.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa. Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

1. Makan dan Minum dengan sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
4. Darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok di siang hari.

Orang-orang yang diizinkan berbuka terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

1. Orang yang sakit.
2. Orang yang dalam musafir.
3. Orang tua yang sudah lemah.
4. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan.

Amalan di Bulan Ramadhan

Dalam keghairahan beramal dalam bulan Ramadhan, maka jangan lupa bahawa segala amalan yang dilakukan hendaklah mengikut petunjuk sunnah Nabi. Apa yang penting ialah memastikan amalan yang dilakukan itu betul dengan berpandukan dalil.

1. Solat sunat tarawikh
Kebiasaannya, dibulan Ramadhan umat Islam akan menunaikan solat sunat tarawikh, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, diampunkan dosanya yang lalu"

2. Bersedekah
Sebaik-baiknya sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sedekah yang paling utama ialah sedekah yang disampaikan ketika masih sihat, masih sayangkannya, masih berangan-angan hendak kaya dan takutkan kefakiran."

3. Menjamu makanan
Menjamu makanan adalah amalan Rasulullah, para sahabat baginda dan golongan salihin yang menurut jejak baginda.

0 comments: