Kemurungan Boleh Membawa Maut

10 June 2008





Masalah kemurungan sering melanda golongan wanita dan mungkin disebabkan fitrah wanita itu yang suka memendam perasaan dan sering memikirkan sesuatu hal yang bukan-bukan.


Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan kebimbangan tanpa kawalan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kes kemurungan dapat dirawat dengan berkesan, biasanya melalui bantuan kaunseling dan ubat-ubatan. Gangguan kemurungan sangat umum, iaitu dengan nisbah 1:10 orang akan mengalaminya pada suatu masa hidup mereka.

Walaubagaimanapun, sekiranya kemurungan tidak dirawat, ia boleh berpanjangan selama beberapa bulan atau tahun dan memberi kesan terhadap penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri.

Justeru, tidak hairanlah berdasarkan laporan yang dilaporkan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2001), dijangkakan kemurungan akan menjadi antara penyakit paling merbahaya menjelang 2020. Dianggarkan 15 peratus daripada seratus orang yang menderita kemurungan akan berakhir dengan kematian.
Kemurungan bukannya....



  • Kesedihan sementara

  • Hukuman dari tuhan

  • Kelemahan diri

  • Boleh dihilangkan dengan keinginan sahaja

Kemurungan adalah....



  • Satu perasaan sedih dan menyendiri yang dialami hampir setiap hari.

  • Hilang rasa keseronokan dalam hidup dan dalam apa jua yang dilakukan.

  • Kurang berminat terhadap semua perkara termasuklah pada diri sendiri.

  • Masalah 'psychomotor agitation & psychomotor retardation'.

  • Rasa sia-sia atau bersalah tanpa alasan yang kukuh dan sering menganggap diri tidak berguna.

  • Keinginan atau angan-angan membunuh diri.

  • Mulai hilang kecekapan atau perhatian terhadap persekitaran.

Kebiasaannya masalah kemurungan ini sering melanda golongan wanita. Ini mungkin disebabkan fitrah wanita yang suka memendam perasaan dan sering memikirkan sesuatu hal yang bukan-bukan. Kemurungan di kalangan wanita juga disebabkan beberapa faktor dalaman seperti menopaus, kemandulan dan sebagainya.

Punca Kemurungan
1. Genetik
Faktor genetik juga boleh membawa kepada penyakit kemurungan ini. Ada kes kemurungan yang terjadi akibat sejarah keluarga dan faktor genetik ini membawa kepada tindakan membunuh diri.

2. Biologi
Ia berpunca dari kurangnya penghasilan kimia serotonin dan norepinephriene oleh otak dan kekurangan hormon ini akan menyebabkan individu itu berasa tertekan.

3. Psikologi
Gangguan psikologi yang menyumbang pada kemurungan adalah kelainan corak pemikiran individu terbabit. Ada di antara kita yang sering berimaginasi, berfikiran negatif malah ada juga sering melalui proses halusinasi iaitu mendengar suara halus.

4. Situasi sosial dan persekitaran
Situasi sosial in terjadi apabila seseorang itu gagal menerima keadaan kehilangan atau kegagalan dalam kehidupan. Justeru, jika mempunyai masalah cubalah untuk luahkan pada seseorang. Jangan pendam sendiri, kerana ia boleh menjadi racun pada jiwa. Di antara masalah yang sering membelenggu mereka yang mengalami kemurungan adalah seperti:
1) Kematian insan tersayang
2) Perceraian
3) Masalah kewangan
4) Masalah kerja

Gejala Kemurungan
1. Rasa sedih yang berlarutan.
2. Gangguan mengendalikan tugasan harian.
3. Gejala Somantik (Fizikal).



  • Sering pening kepala diikuti rasa berdenyut-denyut.

  • Keletihan yang melampau.

  • Gangguan tidur (insomnia).

  • Rasa sakit badan dan sengal-sengal secara tiba-tiba.

  • Kegagalan fungsi seksual/ereksi.

  • Rasa berpinar-pinar dan pandangan menjadi kabur. Ia kerap berlaku tetapi hanya seketika.

  • Masalah hormon tidak stabil.

  • Berat badan turun mendadak.

  • Hilang selera makan.

Kesan & Akibat Kemurungan



  • Bunuh diri.

  • Cenderung untuk mencederakan diri sendiri.

  • Masalah mental yang lain, gila umpamanya.

  • Ketagihan dadah, arak, dan rokok yang keterlaluan.

  • Penderitaan jangka panjang.

Rawatan
1. Pengambilan ubatan - biasanya doktor akan menyenaraikan beberapa jenis ubat untuk diambil bagi merawat masalah ini. Diantaranya adalah:-



  • TCAs - (Amitriptyline, Imipramine)

  • MAOIs - (Nardil, Aurorix)

  • SSRIs - (Zoloft, Paxil, Lexapro)

  • Paraxetine, Prozac

Nota: Pengambilan ubat-ubatan ini hendaklah di atas preskripsi doktor. Ubat yang dinyatakan di atas adalah antara ubat yang mempunyai kesan sampingan paling minimum. Ia bukan sejenis ubat tidur dan tidak menyebabkan sebarang ketagihan. Bagaimanapun, kesan ubat tersebut hanya boleh dilihat pada diri individu terbabit selepas dua minggu.

2. Psikoterapi - Ia melibatkan proses terapi secara kognitif iaitu komunikasi satu dengan satu melalui sesi kaunseling. Pakar akan menganalisis psikologi pesakit dari sesi temubual yang diadakan. Sesi tersebut akan berlangsung dalam bentuk tidak rasmi agar dapat membantu pesakit berasa selesa untuk berkongsi cerita. Bagaimanapun apa yang amat dikesali adalah ada di antara mereka menghadapi masalah kemurungan ini lebih selesa memilih untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Hakikatnya, mereka perlu berjumpa pakar kerana kemurungan adalah satu hal yang berisiko jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

3. Perhubungan Psikososial - Dalam sesi ini pesakit akan diajar beberapa teknik seperti:
Teknik menyelesaikan masalah



  • Teknik menyelesaikan masalah

  • Cara menangani rasa marah

  • Bagaimana membina keyakinan diri

  • Teknik capai rehat yang sempurna

  • Kemahiran berkomunikasi

  • Cara merancang bajet

Cecara Keseluruhannya masalah kemurungan ini mampu dirawat jika masyarakat memandang berat akan soal ini. Rawatan bagi kemurungan juga tidak merbahaya dan selamat. Setelah pesakit beransur pulih, sokongan keluarga adalah amat penting. Seeloknya wujudkan persekitaran baru yang selamat dan selesa bagi mereka yang menghidap kemurungan ini. Faktor persekitaran dan psikologi amat membantu menambahkan lagi keberkesanan rawatan. - Pemuda Bistari




Species:

0 comments: